Surat rayuan menjelang PRU

SETIAUSAHA Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Hsien Loong mengutuskan surat kepada penduduk Singapura bagi meraih sokongan menjelang hari pengundian pilihan raya umum pada 10 Julai ini.

Surat dalam empat bahasa itu menyenaraikan secara ribgkas usaha yang akan dilakukan parti itu termasuk menghadapi penularan Covid-19.

Lee berkata, pasukannya akan berusaha untuk mengatasi krisis ini dengan selamat, dan kemudian untuk pulih dengan kuat.

“Keutamaan pertama kami adalah untuk menyelamatkan pekerjaan, dan membantu anda kembali bekerja sekiranya anda kehilangan pekerjaan. Semua yang memerlukan bantuan tambahan akan mendapatkannya,” janji Lee.

Katanya, Singapura memerlukan Kerajaan yang mampu, dipercayai untuk membuat keputusan yang tepat untuk kita semua.

“Sila undi saya dan pasukan PAP saya. Bersama, kita akan selamat hidup kita, pekerjaan kita, masa depan kita,” katanya.

Related posts

Leave a Comment