Solat duha, tazkirah di masjid

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan kuliah dan solat Duha diadakan di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Begitu juga kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau tetapi masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau.

Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini.

Menurut beliau, kebenaran itu diputuskan susulan cadangan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan aktiviti-aktiviti itu diadakan di masjid dan surau.

Sementara itu, Ismail Sabri juga memaklumkan perubatan tradisional termasuk bekam dan urutan selepas bersalin dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 

Katanya, segala aktiviti berkaitan perubatan tradisional juga dibenarkan, sama dengan kebenaran diberikan kepada spa dan hotel.

Related posts

Leave a Comment