Kes di Saudi turun, catat 907 kes

JEDDAH 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila 907 kes dilaporkan berbanding kes harian hampir dua minggu sebelum ini melebihi 1,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini jumlah kes kini meningkat kepada 449,191 manakala kematian pula meningkat kepada 7,347 orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,201 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang dilaporkan pulih meningkat kepada 432,138.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 258, diikuti Makkah 232, daerah Timur 139 dan Madinah 86.

Kes aktif pula adalah 9,706 kes dan 1,408 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment