Kes di Arab Saudi 1,994

JUMLAH mangsa Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 194,225 dengan kes positif baharu yang dilaporkan pada Rabu, 1 Julai sebanyak 3,402.

Sebanyak 49 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,698 kes manakala 1,994 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh 132,760.

Ketika ini terdapat 59,767 kes aktif di negara itu di mana 2,272 pesakit dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Riyadh kembali mendahului kes harian dengan catatan 401 diikuti Dammam 283, Hufof 229, Makkah 198 dan 173 di Qatif.

Taif dan Jeddah masing-masing mencatatkan 172 kes diikuti Madinah 154, Khamis Mushait 132 dan Al Khobar 122.

Related posts

Leave a Comment