Kes baharu 2,062, satu maut

PUTRAJAYA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini mencecah 97,389 kes selepas kes harian yang direkodkan hari ini kekal  empat angka iaitu 2,062 kes.

Selangor menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah kes, iaitu sebanyak 1,014 kes di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 17,646 kes.

Katanya, satu kes kematian dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu adalah 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Daripada jumlah kes baharu, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, jumlah sembuh adalah 911 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 79,304 dan sehingga kini terdapat 111 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 120 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Gajah (88 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Penjara Sandakan (tiga kes), Kluster Penjara Seberang Perai (tiga kes) dan Kluster Tembok (dua kes).

Mengenai kes kematian hari ini, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan lelaki bukan warganegara berumur 69 tahun, yang mempunyai sejarah strok.

Related posts

Leave a Comment