PKPD Amber Court dilanjut

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Amber Court dan Apartment Ria di Genting Highlands dilanjutkan dari 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau juga memaklumkan mengenai penamatan PKPD di Rumah Kongsi Kg. Semaut pada 23 Disember 2020.

Bercakap pada sIdang media hari ini, beliau juga memberitahu kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa dari semua negara ke kampus kecuali United Kingdom (UK) bagi sesi pembelajaran tahun 2021 berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Mengenai kuarantin wajib, seramai 89,984 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan semalam  483 individu yang tiba di  negara ini telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

Semalam juga, Op Benteng telah berjaya menahan 63 pendatang asing tanpa izin  serta merampas empat kenderaan darat.

Sementara itu, PDRM juga telah menahan 122 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun.

Related posts

Leave a Comment