Kes harian tertinggi di Selangor

SELANGOR masih mendahului kes jangkitan harian dengan merekodkan 1,014 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 504 dan Sabah 252 kes.

Daripada 2,062 kes yang dilaporkan hari ini, Selangor merekodkan 464 kes dariĀ kluster sedia ada, 272 kluster baharu (Pasar Baru & Bukit Naga), 151 kes saringan kontak rapat, 126 lain-lain saringan dan satu kes import.

Ini bermakna 736 kes atau 73 peratus daripada keseluruhan kes di Selangor datang dari kluster.

Di Kuala Lumpur, sebanyak 54 kes adalah dari kluster sedia ada, 369 kluster baharu (Tapak Bina Residen, Tapak Bina Kasih dan Tapak Bina Sinar View), 39 kes saringan kontak rapat, 39 lain-lain saringan dan tiga kes import.

Sabah pula merekodkan 20 kes dari kluster sedia ada, 35 kes kluster baharu (Paginatan), 146 kes saringan kontak rapat dan 51 lain-lain saringan

Related posts

Leave a Comment