13 kes import di Singapura

SINGAPURA 24:Dis. – Sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 13 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura di mana semua.kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura. Menurut Kementerian Kesihatan, tiada kes baharu dikesan dalam masyarakat dan juga di asramA pekerja asing. Salah satu kes import hari ini adalah kanak-kanak perempuan rakyat Singapura berusia 7 tahun yang tiba dari Amerika Syarikat dan seorang lagi, lelaki berusia 48 tahun,  Penduduk Tetap (PR) negara ini yang melakukan perjalanan dari United Kingdom. Di samping itu, lapan…

Read More

Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH  24 Dis. – Arab Saudi mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 189 kes hari ini berbanding 177 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 361,725 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian turut meningkat iaitu melibatkan 11 pesakit berbanding sembilan semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,159 kematian. Bagi tempoh 24 jam juga, sebanyak 190 kes dilaporkan pulih yang sekaligus meningkatkan jumlah kesembuhan 352,608 kes atau 97.47 peratus kes. Daripada 189 kes baharu, Riyadh merekodkan 52 kes, Makkah 38 dan wilayah Timur 32 manakala kes aktif pula 2,958 kes.

Read More

7,199 kes baharu Indonesia

JAKARTA 24 Dis. – Indonesia hari ini merekodkan 7,199 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes 692,838 dengan kes aktif pula 108,269. Jumlah kematian baharu pula adalah sebanyak 181 orang, yang membawa peningkatan kes meninggal dunia sebanyak 20,589 orang Kes sembuh yang direkodkan pula meningkat kepada 563,980 orang termasuk 5,277  lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu, Jakarta merekodkan 1.933 kes jangkitan baharu, diikuti Jawa Tengah 891, Jawa Timur 734, Jawa Barat 702 dan Sulawesi Selatan 520 Bagi kematian pula, Jawa Tengah menambah 53, Jawa Timur 46, Jakarta…

Read More

Empat lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 468 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu hari ini di mana 262 kluster tamat termasuk enam tamat pada hari ini iaitu Kluster Kasir, Kluster Tomher MC, Kluster Utama, Kluster Rengas, Kluster Mampulut dan Kluster Haven. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 206 dan daripada  jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tapak Bina Permai (138 kes), dan Kluster Kebun Baru (95 kes). Sementara itu,…

Read More

Lembah Klang mendahului kes

SELANGOR kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 491 kes (31.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 379 kes (24.0 peratus) dan Sabah sebanyak 249 kes (15.7 peratus). Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes),…

Read More

1,581 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 24 Dis. – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini mencecah lebih 100,000 kes iaitu 100,318 dengan jumlah kes harian sebanyak 1,581 dengan kes aktif kebolehjangkitan 18,773. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh Covid-19 hari ini ialah 1,085 menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih sepenuhnya ialah 81,099 orang.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,579 kes. Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di…

Read More

Malaysia cecah 100,000 kes

MALAYSIA kini disenaraikan dalam kelompok hampir 30 negara di dunia yang merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan Covid-19 apabila data hari ini menunjukkan peningkatan kepada 100,318 kes. Mendahului senarai kumpulan 100,000 seperti dilaporkan oleh Johns Hopkins University adalah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merekodkan 198,435 kes. Ini diikuti Bulgaria 195,886, Kazakhstan 194,257, Belarus 181,113, Lebanon 163,225, Republik Dominican 162,496, Costa Rica 161,942, Slovakia 161,562, Armenia 156,142, Bolivia 152,064, Kuwait 148,773, Denmark 144,058, Qatar 142,605. Moldova 138,213, Guatemala 134,256, Greece 133,365, Tebing Barat dan Gaza 129,080, Oman 128,290, Mesir 127,972, Tunisia 125,000, Lithuania…

Read More

Ucap selamat Seri Paduka

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas esok. Baginda berdua menzahirkan harapan agar perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, perpaduan dan kegembiraan kepada semua yang menyambutnya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka Baginda bertitah agar rakyat tidak gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan perayaan ini seperti kelaziman ekoran penularan wabak Covid-19. “Walaupun perayaan ini terpaksa disambut dengan pelbagai…

Read More

Vaksin: Hasrat UAE dihargai

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berhasrat menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia. Penghargaan itu disampaikan ketika menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais  di Emirates Palace, Abu Dhabi hari ini. Sesi menghadap itu adalah satu daripada acara lawatan khas lima hari Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi, UAE. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin bagaimanapun berkata, beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal…

Read More

Hari ke-232 tanpa kes

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Dis. – Kementerian Kesihatan mengumumkan tiada kes baharu Covid-19 dan merekodkan hari ke-232 tanpa jangkitan tempatan dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam kekal 152 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, sebanyak 11 kes import dilaporkan (terakhir pada 8 Disember 2020) manakala kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei lalu. Menurut beliau lagi, jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 149 orang.  Mengenai Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, sebanyak 752 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 9,943 orang menamatkan pengasingan…

Read More