Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH  24 Dis. – Arab Saudi mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 189 kes hari ini berbanding 177 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 361,725 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian turut meningkat iaitu melibatkan 11 pesakit berbanding sembilan semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,159 kematian.

Bagi tempoh 24 jam juga, sebanyak 190 kes dilaporkan pulih yang sekaligus meningkatkan jumlah kesembuhan 352,608 kes atau 97.47 peratus kes.

Daripada 189 kes baharu, Riyadh merekodkan 52 kes, Makkah 38 dan wilayah Timur 32 manakala kes aktif pula 2,958 kes.

Related posts

Leave a Comment