7,199 kes baharu Indonesia

JAKARTA 24 Dis. – Indonesia hari ini merekodkan 7,199 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes 692,838 dengan kes aktif pula 108,269.

Jumlah kematian baharu pula adalah sebanyak 181 orang, yang membawa peningkatan kes meninggal dunia sebanyak 20,589 orang

Kes sembuh yang direkodkan pula meningkat kepada 563,980 orang termasuk 5,277  lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu, Jakarta merekodkan 1.933 kes jangkitan baharu, diikuti Jawa Tengah 891, Jawa Timur 734, Jawa Barat 702 dan Sulawesi Selatan 520

Bagi kematian pula, Jawa Tengah menambah 53, Jawa Timur 46, Jakarta 16, Jawa Barat 10, Yogyakarta lapan kes.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 1,347 kes diikuti Jawa Timur 572,

Sulawesi Selatan 505, Jawa Barat 492 dan Jawa Tengah 421.

Related posts

Leave a Comment