Empat lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 468 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu hari ini di mana 262 kluster tamat termasuk enam tamat pada hari ini iaitu Kluster Kasir, Kluster Tomher MC, Kluster Utama, Kluster Rengas, Kluster Mampulut dan Kluster Haven.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 206 dan daripada  jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tapak Bina Permai (138 kes), dan Kluster Kebun Baru (95 kes).

Sementara itu, empat kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah

:

  • KLUSTER  KEBUN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 580 individu disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI BURONG

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-91410) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Disember 2020. Sehingga 24 Disember, sejumlah 167 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA JALAN TUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 24 Disember, sejumlah 177 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat  di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84263) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 24 Disember , sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment