Lembah Klang mendahului kes

SELANGOR kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 491 kes (31.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 379 kes (24.0 peratus) dan Sabah sebanyak 249 kes (15.7 peratus).

Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes), dan Kluster Bakti (1 kes).

Related posts

Leave a Comment