13 kes import di Singapura

SINGAPURA 24:Dis. – Sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 13 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura di mana semua.kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiada kes baharu dikesan dalam masyarakat dan juga di asramA pekerja asing.

Salah satu kes import hari ini adalah kanak-kanak perempuan rakyat Singapura berusia 7 tahun yang tiba dari Amerika Syarikat dan seorang lagi, lelaki berusia 48 tahun,  Penduduk Tetap (PR) negara ini yang melakukan perjalanan dari United Kingdom.

Di samping itu, lapan kes, termasuk tujuh pembantu rumah asing, adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia, India, Filipina dan Sri Lanka.

Dua pemegang pas pelajar dan seorang pemegang pas tanggungan membentuk kes-kes selebihnya. Ketiga-tiga mereka tiba dari India. Lagi 10 kes Covid-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhannya, sebanyak 58,332 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 di Singapura.

Ketika ini, 36 kes masih dirawat di hospital dengan sebahagian besar daripada mereka berada dalam keadaan stabil atau semakin bertambah baik. Tiada seorang pun yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebanyak 98 kes dijaga di kemudahan-kemudahan masyarakat. Kes-kes ini mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif Covid-19. 

 

Related posts

Leave a Comment