6,982 kes baharu Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan 6,982 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 664,930 kes. Sebanyak 221 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 19,880 orang. Kes sembuh pula meningkat kepada 541,811 Sementara itu, Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 1,592 kes yang membawa jumlah kumulatif  163,111. Jawa Barat pula merekodkan 1,052 kes, Jawa Tengah 878, Jawa Timur 724, Sulawesi Selatan 489, dan Yogyakarta 210.

Read More

Naik mendadak di Thailand

BANGKOK: Thailand mengesahkan 576 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad 20 Disember, satu kenaikan mendadak termasuk melibatkan 516 kes pekerja asing yang dikaitkan dengan pasar makanan laut di Samut Sakhon.. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA kes-kes baharu itu termasuk 19 penularan tempatan di Bangkok dan di wilayah barat daya Samut Sakhon, di mana 516 jangkitan juga dikesan manakala 41 lagi kes import. Kesemua kes tersebut dikaitkan dengan sebuah pasar udang di Samut Sakhon yang kini dikenakan perintah berkurung. Kebanyakan pekerja asing di Samut Sakhon berasal dari Myanmar, yang mengalami…

Read More

162 kes baharu di Saudi

RIYADH 20 Dis. – Arab Saudi merekodkan 162 kes baharu Covid-19 yang mwmbawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 361,010. Menurut Kementerian Kesihatan, 10 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 6,122. Sebanyak 156 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 351,878 kes pulih atau 97.5 peratus.. Sementara itu Riyadh merekodkan 40 kes baharu, diikuti Makkah 39, Madinah 30 dan wilayah Timur 25.

Read More

Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Setakat ini, terdapat 443 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu hari ini manakala  244 kluster tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), Kluster Ceram (107 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes). Sementara itu, tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah 1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah…

Read More

Selangor terus mendahului kes

SELANGOR terus kekal merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 441 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 284 kes dan Sabah 196 kes. Negeri Sembilan merekodkan 169 kes, Johor (156 kes), Pulau Pinang (30 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (27 kes) dan Pahang dengan 12 kes. Perak merekodkan 10 kes, Kedah (enam kes) dan Sarawak (tiga kes), manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Terengganu masing-masing dua kes, selain satu kes di Melaka dan Kelantan.

Read More

1,340 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 20 Dis. – Sebanyak 1,340 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 93,309 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 15,563 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu hanya tiga kes merupakan kes import, sementara 1,337 kes adalah penularan dalam negara. Daripada jumlah kes baharu Ini, sebanyak 134 kes atau 10 peratus melibatkan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan di Selangor 58 kes, Kluster Tembok Gajah, Johor (56 kes), Kluster Tembok, Kedah (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang (lapan kes) dan Kluster Penjara Kepayan, Sabah (dua kes). Sementara itu, terdapat…

Read More

672 individu ditahan

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebanyak 442 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan aktiviti pusat hiburan. Mereka adalah antara 672 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP sepanjang semalam, 19 Disember 2020. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada 672 individu yang ditahan itu, 643 telah dikompaun manakala 29 lagi direman. Kesalahan lain adalah  90 individu tidak memakai pelitup muka, 78 gagal memathui arahan penjarakan fizikal, 37 yang lain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan manakala baki 25 lagi atas kesalahan lain. Beliau…

Read More

Menanti pembunuh Adib

SELEPAS dua tahun, pembelaan terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih menimbulkan tanda tanya. Apakah akan terbela kematiannya atau mereka yang bertanggungjawab terhadap kematiannya terlepas begitu sahaja? Atau Adib hanya akan dikenang setiap kali hari kematiannya? Ramai yang menunggu bilakah penjenayah yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke mahkamah. Apa pun keputusannya, sama ada mahu disiasat lagi dan lagi, yang penting, mereka yang menyebabkan kematian anggota bomba itu perlu dihukum dengan setimpal. Hari ini, kerajaan memberi jaminan satu siasatan yang lebih adil akan dijalankan berhubung kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib…

Read More

Keputusan sukar demi rakyat

PERDANA Menteri Boris Johnson berkata, beliau perlu mengambil keputusan yang sukar demi melindungi rakyat negara itu ketika penularan wabak Covid-19. Katanya, dengan berat hati, sambutan Krismas kali ini tidak dapat diteruskan seperti dirancang berikutan risiko variasi virus baharu Covid-19 yang mempunyai kadar jangkitan yang pantas. “ Ya, Krismas tahun ini menjadi sangat berbeza, tetapi kita mesti realistik,” katanya Beliau berkata adalah lebih baik mengorbankan peluang bertemu orang tersayang pada hari Krismas ini, tetapi mempunyai peluang lebih baik untuk melindungi nyawa mereka supaya dapat melihat mereka pada hari Krismas akan datang.…

Read More