Naik mendadak di Thailand

BANGKOK: Thailand mengesahkan 576 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad 20 Disember, satu kenaikan mendadak termasuk melibatkan 516 kes pekerja asing yang dikaitkan dengan pasar makanan laut di Samut Sakhon..

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA kes-kes baharu itu termasuk 19 penularan tempatan di Bangkok dan di wilayah barat daya Samut Sakhon, di mana 516 jangkitan juga dikesan manakala 41 lagi kes import.

Kesemua kes tersebut dikaitkan dengan sebuah pasar udang di Samut Sakhon yang kini dikenakan perintah berkurung.

Kebanyakan pekerja asing di Samut Sakhon berasal dari Myanmar, yang mengalami penularan Covid-19 jauh lebih teruk daripada Thailand.

Kes pertama di Samut Sakhon, dikesan pada 13 Disember dan sejak itu, virus terus merebak.

Salah satu kes melibatkan seorang wanita berusia 78 tahun yang tinggal di Prachachuen daerah Bang Sue. Wanita itu ke pasar untuk membeli udang bagi jualan di kedainya mulai 1 hingga 11 Disember dan pada 12 Disember, dia jatuh sakit dan diuji positif pada Jumaat.

Gabenor Samut Sakhon Wirasak Wichitsaengsi berkata jumlah jangkitan melebihi jangkaan, “menjadikannya perlu untuk meningkatkan langkah-langkah kawalan untuk segera menghentikan penularan pantas wabak.”

Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes koronavirus itu kini merekodkan 4,907 kes dengan 60 kematian.

Sementara itu, lebih 10,000 orang akan diuji dalam tempoh tiga hari akan datang 

Setakat ini, sejumlah 689 kes Covid-19 mempunyai kaitan dengan penjual udang di wilayah barat daya Samut Sakhon termasuk dua kes di Bangkok, dua di Nakhon Pathom dan tiga di Samut Prakan. 

Usaha pengesanan kes aktif Covid-19 akan diteruskan di Samut Sakhon, di mana wabak ini berlaku dan di wilayah berhampiran seperti Samut Songkram, Nakhon Pathom, Ratchaburi, Phetchaburi dan Kanchanaburi.

Related posts

Leave a Comment