Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Setakat ini, terdapat 443 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu hari ini manakala  244 kluster tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), Kluster Ceram (107 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes).

Sementara itu, tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah

1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 20 Disember , sejumlah 481 individu disaring, di mana 147 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER ESTATE MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74498) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 20 Disember sejumlah 63 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif dalam kluster ini. 

3. KLUSTER  BATU 39

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90568) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 20 Disember , sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment