611,631 kes di Indonesia

JAKARTA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan Indonesia mengumumkan 6,388 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 611,631 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,653.termasuk 142 orang pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Pada masa yang sama, pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 501,376 . Sementara itu Jakarta merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 951 yang menjadikan jumlah kes 151,201, Jawa Barat 1,283 kes, Jawa Tengah 992, Jawa Timur 796, Yogyakarta 227 dan Sulawesi Selatan 226. Kementerian juga melaporkan, sebanyak 37,769 orang menjalani ujian yang menjadikan jumlah…

Read More

166 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 12 Dis. – Arab Saudi merekodkan 166 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini berbanding 168 kes yang dilaporkan semalam. Dengan perkembangan ini,  jumlah kes jangkitan yang direkodkan meningkat kepada 359,749 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, Riyadh merekodkan 60 kes, diikuti Makkah 34, Madinah 23, wilayah Timur 22, Asir 7 dan Najran dua. Sebanyak 13 kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes 6,036. Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 350,347 kes termasuk 239 lagi  pesakit dilaporkan sembuh.

Read More

Putra jadi ‘semak dan imbang’

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan menjadi kuasa ketiga bagi memainkan peranan semak dan imbang  bukannya  beretorik atau menipu rakyat untuk mendapatkan undi pilihan raya, kata Presidennya, Ibrahim Ali. “Putra akan bersikap dengan penuh keberanian serta iltizam politik untuk merealisasikan impian Bangsa Pribumi supaya ‘Pisang Tidak Berbuah Dua Kali’. Cukuplah Bangsa Pribumi dan jangan lagi mengulangi pengalaman sebelum ini ‘sudah Terhantuk Baru Hendak Terngadah’,” katanya Katanya, Putra lahir di tengah-tengah kegelisahan Bangsa Pribumi, di tengah-tengah kerosakan negara disebabkan pemimpin tidak bersih dan tidak bermoral. Justeru,…

Read More

Gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Masih ramai ingkar arahan memakai pelitup muka apabila 77 kes dilaporkan semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, daripada 50,258 pemeriksaan dilakukan, polis menahan 241 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dengan 202 dikompaun dan 39 individu direman. Kesalahan ingkar arahan PKP yang lain termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78 kes), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal 43 kes dan aktiviti di pusat hiburan 41 kes. Sementara itu, Operasi Benteng pada hari sama berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI),…

Read More

Tiga kluster baharu, 189 aktif

SETAKAT 12 Disember 2020, terdapat 410 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 221 termasuk yang tamat hari ini iaitu Kluster Abell di Sarawak, Kluster Seridana di  Putrajaya serta Kluster Limbungan dan Kluster Bina Labuan di Labuan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan…

Read More

Kes harian tertinggi di Selangor

SELANGOR terus mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 823 kes diikuti Sabah 429 kes dan Kuala Lumpur 238 kes. Di Selangor, sebanyak 664 kes adalah dari kluster sedia ada, 50 saringan kontak rapat dan 109 lain-lain saringan. Sabah pula merekodkan 211 kes dari kluster sedia ada, dua dari kluster baharu Bukit Gemok, 123 saringan kontak rapat dan 93 lain-lain saringan. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 192 kes dari kluster sedia ada, 10 dari kluster baharu (Tapak Bina Cendana), lapan saringan kontak rapat, 26 lain-lain saringan dan dua import. Sebanyak 725…

Read More

1,973 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 12 Dis. – Sebanyak 1,973 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 82,246 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 13,751 kes. Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 411 individu. Setakat ini, terdapat sebanyak 121 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan…

Read More

Covid-19 dijangka meningkat

KERAJAAN menjangkakan peningkatan bilangan kes harian Covid-19 lebih tinggi dalam masa terdekat berikutan langkah saringan wajib bagi pekerja asing, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob. Katanya, ujian saringan masih dijalankan terhadap kira-kira 888,000 pekerja asing yang bekerja di Kuala Lumpur, Labuan, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dann Sabah. Beliau berkata, keadaan itu juga menjelaskan punca peningkatan kes agak tinggi terutama membabitkan semua negeri terbabit sejak beberapa hari lalu. “Saya dah umumkan bahawa kita akan membuat saringan wajib kepada semua pekerja warga asing di kilang… di industri-industri… jadi apabila kita…

Read More

Sudah longgar jangan terlalu bebas

SEJAK kebelakangan ini banyak kelonggaran diberi bagi membolehkan ‘pergerakan manusia dan ekonomi’ lebih bebas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kelonggaran atau ‘kebebasan bersyarat’ itu termasuklah jumlah penumpang dalam kenderaan, tiada lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran dan kedai makan serta melanjutkan operasi perniagaan kedai makan dan kedai serbaneka sehingga 2 pagi. Kebebasan yang paling dinantikan adalah rentas daerah dan negeri tanpa perlu surat kebenaran polis sekaligus mendorong orang ramai ke sana ke sini sama ada…

Read More

Warisan pula ke Semenanjung

KOTA KINABALU 12 Dis. – Selepas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) melantik Pengerusi STAR Semenanjung, Parti Warisan Sabah (Warisan) pula akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung dalam usaha mengukuhkan parti itu termasuk sama-sama terlibat dalam pembuat keputusan dan pentadbiran Malaysia. Presidennya, Mohd Shafie Apdal berkata, sudah sampai masanya Warisan melebarkan ideologi kepelbagaian kaum dan agama itu ke Semenanjung. Tegasnya, langkah itu merupakan hala tuju ke hadapan Warisan selain yakin moto ‘unity’ yang dibawa boleh diterima rakyat Semenanjung,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Warisan di Dewan Hakka Kota Kinabalu pada Sabtu.…

Read More