611,631 kes di Indonesia

JAKARTA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan Indonesia mengumumkan 6,388 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 611,631 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,653.termasuk 142 orang pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Pada masa yang sama, pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 501,376 .

Sementara itu Jakarta merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 951 yang menjadikan jumlah kes 151,201, Jawa Barat 1,283 kes, Jawa Tengah 992, Jawa Timur 796, Yogyakarta 227 dan Sulawesi Selatan 226.

Kementerian juga melaporkan, sebanyak 37,769 orang menjalani ujian yang menjadikan jumlah diuji sebanyak 4,253,821

Related posts

Leave a Comment