Tiga kluster baharu, 189 aktif

SETAKAT 12 Disember 2020, terdapat 410 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 221 termasuk yang tamat hari ini iaitu Kluster Abell di Sarawak, Kluster Seridana di  Putrajaya serta Kluster Limbungan dan Kluster Bina Labuan di Labuan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan Kluster Tapak Bina Berangan (69 kes).

Terdapat tiga kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

 KLUSTER BUKIT GEMOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70411) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 71 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19.

KLUSTER TAPAK BINA CENDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 175 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif dalam kluster ini yang melibatkan satu warganegara dan 10 bukan warganegara.

KLUSTER DANG MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor serta daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75588) dilaporkan positif pada 9 Disember 2020 hasil saringan sign on pelantar minyak dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 102 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment