166 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 12 Dis. – Arab Saudi merekodkan 166 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini berbanding 168 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan perkembangan ini,  jumlah kes jangkitan yang direkodkan meningkat kepada 359,749 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, Riyadh merekodkan 60 kes, diikuti Makkah 34, Madinah 23, wilayah Timur 22, Asir 7 dan Najran dua.

Sebanyak 13 kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes 6,036.

Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 350,347 kes termasuk 239 lagi  pesakit dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment