1,973 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 12 Dis. – Sebanyak 1,973 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 82,246 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 13,751 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 411 individu.

Setakat ini, terdapat sebanyak 121 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan sebanyak 911 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 68,084 kes.

Related posts

Leave a Comment