RIYADH 6 Dis. – Arab Saudi terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila jumlah yang direkodkan hari ini 187 kes berbanding 190 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 358,713 dengan 3,869 kes aktif di mana 600 kritikal. Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,965 kematian. Kementerian Kesihatan juga memaklumkan 317 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu yang membawa kepada 348,879 pesakit sembuh. Daripada jumlah kes baharu jangkitan, Riyadh merekodkan 52 kes, diikuti Makkah 38, Madinah 33 dan wilayah Timur…
Read MoreDay: December 6, 2020
Indonesia dahului rakan lain
INDONESIA merekodkan 6,089 kes baharu Covid-19 yang meningkatkan lagi jumlah kumulatif kepada 575,796 kes. Jumlah kematian turut menunjukkan peningkatan apabila 151 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian seramai 17,740 orang. Kes sembuh juga meningkat apabila 4,322 pesakit pulih yang membawa kepada jumlah kes sembuh sebanyak 474,711 orang. FILIPINA setakat pukul 4 petang, 6 Disember 2020, merekodkan 1,768 kes baharu jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 439,834 kes. Menurut Jabatan Kesihatan, jumlah kes aktif yang dilaporkan adalah sebanyak 22,646 kes manakala 29 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif 8,554.…
Read MoreSabah catat 250 kes baharu
KOTA KINABALU 6 Dis. – Sebanyak 250 kes positif baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,538 kes. Jumlah pesakit sembuh pula hari ini adalah 193 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,502 orang. Tiada kematian dilaporkan. Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 di hospital dan 1,398 di PKRC. Sebanyak 63 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU dan 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Kota Marudu pula bertukar dari zon hijau ke zon kuning. Satu kluster baharu di daerah Sandakan dikesan iaitu Kluster Pulau…
Read More388 kluster aktif
SEHINGGA 6 Disember 2020, terdapat 388 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 201 termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Palma, Kluster Merpati dan Kluster Makekar. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (155 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Cergas (92 kes) dan Kluster Tembok (92 kes). KLUSTER BAHARU 1.…
Read MoreKL, Selangor masih tinggi
KUALA Lumpur merekodkan 178 kes baharu di mana 121 kes daripada lain-lain saringan, 44 daripada kluster sedia ada, 12 kes saringan kontak rapat dan satu kes import. Kes aktif tertinggi dilaporkan dalam daerah Lembah Pantai iaitu sebanyak 982, diikuti Kepong 657, Cheras 350 dan Titiwangsa 184. Jumlah kes aktif di Kuala Lumpur dalam 14 hari terakhir adalah 2,173. Sementara itu Selangor melaporkan 337 kes baharu termasuk dua import. Hulu Langat lapor kes tertinggi hari ini selepas Kluster Penjara Jalan Harapan melaporkan 141 kes baharu. Hanya Sabak Bernam tidak melaporkan sebarang…
Read MoreSelangor mendahului 337 kes
SELANGOR mendahului dengan 337 kes diikuti Negeri Sembilan 258, Sabah 250 dan Kuala Lumpur 178. Di Selangor, sebanyak 187 kes adalah dari kluster sedia ada, 87 saringan kontaknrapat, 61 lain-lain saringan dan dua import. Negeri Sembilan merekodkan 98 kes dari kluster sedia ada, 155 kluster baharu (Ceram), 21 saringan kontak rapat dan empat lain-lain saringan Sabah pula merekodkan 61 kes dari kluster sedia ada, 23 kluster baharu (Pulau Berhala), 106 saringan kontak rapat dan 60 lain-lain saringan Kuala Lumpur merekodkan 44 kes dari kluster sedia ada, 12 saringan kontak rapat…
Read More1,335 kes baharu, 2 kematian
PUTRAJAYA 6 Dis. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,335 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 72,694, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan 11,039 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,069 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 61,273. Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,335 kes baharu hari ini sebanyak 1,332 kes adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya kes import. Dr Noor Hisham berkata 243 kes (18.2 peratus) dilaporkan hari ini…
Read More518 ingkar arahan PKP ditahan
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Sebanyak 518 individu ditahan, dengan 517 daripadanya dikompaun dan seorang direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, 193 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, 119 kes aktiviti di pusat hiburan, 71 kes tidak memakai pelitup muka, 58 kes gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan lain-lain sebanyak 77 kes. Dalam satu kenyataan berkaitan PKP dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini, beliau berkata sebanyak 2,361 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,682 anggota telah membuat pemantauan di 3,543 pasar raya,…
Read More‘Motor banjir’ muncul lagi
KISAH motor banjir muncul lagi. Dua pemuda dari Kampung Banggol, Setiu, Terengganu membuktikan kehebatan mereka mencipta motosikal yang boleh bergerak di dalam air yang dalam. Ikram Shahidi Mat Kail, 25, dan adiknya, Muhammad Zakaria, 23, menjadikan kreativiti tersebut untuk mengurangkan kerugian penternak ikan dengan menangkap semula ikan yang terlepas dari kolam akibat banjir. Kisah dua anak muda ini pernah dipaparkan Bernama tahun lepas dan ketika itu mereka menunggang motosikal tersebut untuk bermain air banjir tetapi kali ini digunakan ke lokasi menahan pukat sebelum memerangkap ikan. “Tahun lepas, selepas kisah kami tular, ramai yang hubungi…
Read MoreBabi hutan masuk Alamanda
PUTRAJAYA 6 Dis. – Pengunjung pusat beli belah Alamanda gempar apabila seekor babi hutan yang sesat memasuki kompleks itu dan bergerak agresif tengah hari ini. Haiwan berkenaan yang dipercayai mengalami kecederaan memasuki kedai rangkaian peralatan dan pakaian sukan. Pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, dipanggil bagi menghalau babi itu yang kemudiannya dilihat memasuki sebuah padang ragbi di Presint 16. Difahamkan sebelum ini haiwan liar itu dari hutan berhampiran pernah memasuki kawasan perumahan berhampiran.
Read More