Indonesia dahului rakan lain

INDONESIA merekodkan 6,089 kes baharu Covid-19 yang meningkatkan lagi jumlah kumulatif kepada 575,796 kes.

Jumlah kematian turut menunjukkan peningkatan apabila 151 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian seramai 17,740 orang.

Kes sembuh juga meningkat apabila 4,322 pesakit pulih yang membawa kepada jumlah kes sembuh sebanyak 474,711 orang.

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 6 Disember 2020, merekodkan 1,768 kes baharu jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 439,834 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan, jumlah kes aktif yang dilaporkan adalah sebanyak 22,646 kes manakala 29 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif 8,554.

Sebanyak 9,062 pesakit dilaporkan sembuh dan pertambahan ini meningkatkan lagi jumlah pesakit pulih 408,634 atau 92.9 peratus daripada jumlah kes.

SINGAPURA melaporkan lima kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Ahad (6 Disember menjadikan jumlah kes meningkat kepada 58,260 kes

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan hari ini dan kesemuanya adalah kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

THAILAND merekodkan 14 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 4,086 kes. Tiada kematian baharu dilaporkan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), seorang daripada dua kes tempatan adalah wanita yang ke Tachileik, Myanmar pada 6 November dan pulang menyeberangi sempadan pada 27 November.

Satu lagi kes tempatan melibatkan wanita pekerja kesihatan.

Sementara itu, 12 kes import pula termasuk dua warga Thai yang menyelinap masuk di sempadan Myanmar.dan lapan pulang dari luar negara.

Related posts

Leave a Comment