388 kluster aktif

SEHINGGA 6 Disember 2020, terdapat 388 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 201 termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Palma, Kluster Merpati dan Kluster Makekar. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (155 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Cergas (92 kes) dan Kluster Tembok (92 kes).

KLUSTER BAHARU

1. KLUSTER CERAM

Melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-65468) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati sebanyak 170 kes lagi dikesan positif. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 450 individu disaring, di mana 171 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER PULAU BERHALA

Melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-52089) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 November 2020 hasil saringan komuniti. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 208 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN TAMPOI

Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-67151) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 212 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif Covid- 19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment