Sabah catat 250 kes baharu

KOTA KINABALU 6 Dis. – Sebanyak 250 kes positif baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,538 kes.

Jumlah pesakit sembuh pula hari ini adalah 193 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,502 orang. Tiada kematian dilaporkan.

Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 di hospital dan 1,398 di PKRC. Sebanyak 63 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU dan 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu pula bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Satu kluster baharu di daerah Sandakan dikesan iaitu Kluster Pulau Berhala yang mencatatkan 23 kes menjadikan kumulatif 24 kes.

Kluster ini dikesan melalui saringan komuniti di Pulau Berhala.

Daripada 250 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 107 kes (42.80%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 11 daerah, 60 kes (24%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 29 kes (11.60%), saringan komuniti 32 kes (12.80%) dan 22 kes (8.80%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment