187 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 6 Dis. – Arab Saudi terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila jumlah yang direkodkan hari ini 187 kes berbanding 190 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 358,713 dengan 3,869 kes aktif di mana 600 kritikal.

Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,965 kematian.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan 317 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu yang membawa kepada 348,879 pesakit sembuh.

Daripada jumlah kes baharu jangkitan, Riyadh merekodkan 52 kes, diikuti Makkah 38, Madinah 33 dan wilayah Timur 25 kes.

Related posts

Leave a Comment