KL, Selangor masih tinggi

KUALA Lumpur merekodkan 178 kes baharu di mana 121 kes daripada lain-lain saringan, 44 daripada kluster sedia ada, 12 kes saringan kontak rapat dan satu kes import.

Kes aktif tertinggi dilaporkan dalam daerah Lembah Pantai iaitu sebanyak 982, diikuti Kepong 657, Cheras 350 dan Titiwangsa 184.

Jumlah kes aktif di Kuala Lumpur dalam 14 hari terakhir adalah 2,173.

Sementara itu Selangor melaporkan 337 kes baharu termasuk dua import.

Hulu Langat lapor kes tertinggi hari ini selepas Kluster Penjara Jalan Harapan melaporkan 141 kes baharu.

Hanya Sabak Bernam tidak melaporkan sebarang kes.

Related posts

Leave a Comment