Tarik balik air minum

SINGAPURA 4 Dis. – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan bakteria pada air minum dalam botol Meadows Pure Drinking Water hasil pemeriksaan rutin sampel produk itu dilakukan. Justeru, SFA mengarahkan air yang diimport Cold Storage Malaysia itu ditarik balik. Menurut kenyataan SFA pada Khamis 3 Disember, produk yang terjejas itu dalam botol saiz 1.5 liter, dengan tarikh luput 9 November 2022. Bakteria yang dipanggil Pseudomonas aeruginosa dikesan dalam sampel air itu yang biasa ditemui dalam najis, tanah, air dan kumbahan. Menurut SFA, bakteria itu boleh membiak dalam sekitaran air dan di permukaan…

Read More

234 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 4 Dis. – Arab Saudi mencatatkan 234 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Jumaat yang membawa kepada jumlah kes 358,336. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 10 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 5,940. Mengenai pesakit sembuh pula, sebanyak 357 kes pulih direkodkan yang membawa kepada peningkatan kes 348,238 atau 97.18 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Riyadh merekodkan 70 kes diikuti wilayah Makkah 42, wilayah Timur 35 dan wilayah Madinah 27 kes. Kes aktif pula 4,158 dengan 596 kritikal.

Read More

Indonesia catat 5,803 kes

  JAKARTA 4 Dis. – Indonesia merekodkan 5,803 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini), yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 563.680 orang. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 124 orang menjadikan jumlah kumulatif 17.479. Mengenai kes sembuh pula, sebanyak 3,625 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 466,178. Sementara itu, Provinsi Jakarta merekodkan 1,032 kes yang menjadikan jumlah kumulatif 141,270 manakala 128.051 orang dinyatakan sembuh dengan tingkat kesembuhan mencapai…

Read More

Filipina 934, Thailand 14 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 4 Disember 2020, mencatatkan 934 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 436,345 kes. Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak 63 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 8,509 kematian. Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 148 yang meningkatkan jumlah pesakit sembuh sebanyak 399,457 atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 28,379 atau 6.5 peratus daripada keseluruhan kes. THAILAND merekodkan 14 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes tempatan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,053 kes dengan kematian kekal 60 orang. Kes tempatan…

Read More

Sabah, Selangor dahului kes

SELANGOR dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus). Ini menjadikan negeri- negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Johor mencatat 69 kes diikuti Pulau Pinang (48 kes), Perak (47 kes), Kedah (24 kes), Kelantan (20 kes), Negeri Sembilan (15 kes), Pahang (15 kes), Labuan (tiga kes), Putrajaya (dua kes), Sarawak dan Perlis masing-masing satu kes. Melaka dan Terengganu tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Read More

1,144 sembuh 1,141 baharu

PUTRAJAYA 4 Dis. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,141 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 70,236 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 10,799 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 59,061 kes.  Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,141 kes baharu hari ini sebanyak 1,138 adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import. Tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 376 kes (0.54 peratus…

Read More

Pas ‘tolak’ kerajaan baharu

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pas tidak akan menyertai pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu ekoran Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, berkata Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional. “Pas mengambil maklum keputusan usul undi percaya majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak terhadap Ahmad Faizal yang berlangsung di  DUN Perak hari ini di mana tiga ADUN Pas menyokongnya (Ahmad Faizal). “Sokongan itu selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah (Biro) politik Pas pusat,”…

Read More

MB Perak hilang sokongan

IPOH 4 Dis. – Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang berlangsung pagi ini. Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali. Usul dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN)  Abd Manap Hashim. Sebelum ini, menerusi surat bertarikh 18 November, Abd Manap berkata, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu…

Read More

65 juta kes, 1.5 juta kematian

KES jangkitan Covid-19 peringkat global kini mencecah 65 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1,504,401 orang manakala sebanyak 41,859,886 pesakit pula sembuh. Data Johns Hopkins University setakat 10 pagi ini menunjukkan daripada 65,127,355 kes yang dilaporkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 14,122,913 kes serta 276,148 kematian. India menduduki tangga kedua dengan 9,534,964 kes dengan 138,648 kematian (ketiga) dan Brazil pula merekodkan 6,487,084 kes dengan jumlah kematian di kedudukan kedua iaitu 175,270. Ini diikuti Rusia yang merekodkan 2,354,934 kes dan Perancis 2,310,271 kes. Sembilan buah negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu 1,678,418 United Kingdom,…

Read More