Sabah, Selangor dahului kes

SELANGOR dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus).

Ini menjadikan negeri- negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus).

Johor mencatat 69 kes diikuti Pulau Pinang (48 kes), Perak (47 kes), Kedah (24 kes), Kelantan (20 kes), Negeri Sembilan (15 kes), Pahang (15 kes), Labuan (tiga kes), Putrajaya (dua kes), Sarawak dan Perlis masing-masing satu kes.

Melaka dan Terengganu tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Related posts

Leave a Comment