65 juta kes, 1.5 juta kematian

KES jangkitan Covid-19 peringkat global kini mencecah 65 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1,504,401 orang manakala sebanyak 41,859,886 pesakit pula sembuh.

Data Johns Hopkins University setakat 10 pagi ini menunjukkan daripada 65,127,355 kes yang dilaporkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 14,122,913 kes serta 276,148 kematian.

India menduduki tangga kedua dengan 9,534,964 kes dengan 138,648 kematian (ketiga) dan Brazil pula merekodkan 6,487,084 kes dengan jumlah kematian di kedudukan kedua iaitu 175,270.

Ini diikuti Rusia yang merekodkan 2,354,934 kes dan Perancis 2,310,271 kes.

Sembilan buah negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu 1,678,418 United Kingdom, 1,675,902 Sepanyol, 1,664,829 Itali, 1,447,732 Argentina, 1,343,322 Colombia, 1,133,613 Mexico, 1,128,742 Jerman, 1,028,610 Poland dan 1,003,494 Iran.

Peru merekodkan 967,075 kes, Afrika Selatan 800,872, Ukraine 793,372 dan Turki 733,261.

Melebihi setengah juta kes adalah Belgium 582,252, Iraq 558,767,  Indonesia 557,877 I, Chile 555,406, Netherlands 546,866 dan Czechia 537,663.

Sementara Romania merekodkan 492,211 kes, Bangladesh 471,739, Filipina 435,413 dan Pakistan 406,810.

Enam negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Kanada 399,770, Morocco 368,624, Arab Saudi 358,102, Israel 341,042, Switzerland 340,115, Portugal 307,618.

Austria, Sweden, Nepal, Hungary dan Jordan melebihi 200,000 kes sementara 27 negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Jepun, Kazakhstan, Qatar, Kuwait, Armenia, Mesir, Oman, Panama dan Venezuela,

Bagi kes kematian pula, Mexico menduduki tempat keempat dengan 107,565, United Kingdom  60,210, Itali  58,038, Perancis  54,231, Iran 49,348, Sepanyol 46,038, Rusia 41,173, Argentina  39,305, Colombia 37,305, Afrika Selatan 21,803,

Poland 18,828, Jerman 17,861, Indonesia 17,355,  Belgium 16,911,  Chile 15,519, Turki 14,316, Ecuador 13,612, Ukraine 13,394, Kanada 12,423, Iraq 12,361 dan Romania 11,876 

India mendahului kes sembuh dengan 8,973,373 diikuti Brazil 5,792,539, Amerika Syarikat 5,404,018, Rusia 1,843,526, Argentina 1,274,675, Colombia 1,233,115, Peru 899,213, Itali 846,809, Mexico 836,567, Jerman 808,160.

Afrika Selatan 739,367, Iran 699,315, Poland 646,560, Chile 530,470 , Iraq 487,863 ,Czechia 468,302, Indonesia 462,553, Turki 418,331, Ukraine 400,751,  Filipina 399,325 dan Bangladesh 388,379.

Related posts

Leave a Comment