Indonesia catat 5,803 kes

 

JAKARTA 4 Dis. – Indonesia merekodkan 5,803 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini), yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 563.680 orang.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 124 orang menjadikan jumlah kumulatif 17.479.

Mengenai kes sembuh pula, sebanyak 3,625 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 466,178.

Sementara itu, Provinsi Jakarta merekodkan 1,032 kes yang menjadikan jumlah kumulatif 141,270 manakala 128.051 orang dinyatakan sembuh dengan tingkat kesembuhan mencapai 90,6 peratus .

Related posts

Leave a Comment