Tarik balik air minum

SINGAPURA 4 Dis. – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan bakteria pada airĀ minum dalam botol Meadows Pure Drinking Water hasil pemeriksaan rutin sampel produk itu dilakukan.

Justeru, SFA mengarahkan air yang diimport Cold Storage Malaysia itu ditarik balik.

Menurut kenyataan SFA pada Khamis 3 Disember, produk yang terjejas itu dalam botol saiz 1.5 liter, dengan tarikh luput 9 November 2022.

Bakteria yang dipanggil Pseudomonas aeruginosa dikesan dalam sampel air itu yang biasa ditemui dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

Menurut SFA, bakteria itu boleh membiak dalam sekitaran air dan di permukaan bahan organik yang terkena air.

Pengambilan produk yang mengandungi Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan pelbagai jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius dalam individu yang sihat.

Proses menarik balik produk itu sudah selesai dilakukan dan mereka yang telah membeli produk yang terjejas dinasihatkan agar jangan meminumnya.

Mereka yang sudah minum produk yang terjejas itu dan bimbang harus mendapatkan nasihat perubatan.

Related posts

Leave a Comment