234 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 4 Dis. – Arab Saudi mencatatkan 234 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Jumaat yang membawa kepada jumlah kes 358,336.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 10 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 5,940.

Mengenai pesakit sembuh pula, sebanyak 357 kes pulih direkodkan yang membawa kepada peningkatan kes 348,238 atau 97.18 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Riyadh merekodkan 70 kes diikuti wilayah Makkah 42, wilayah Timur 35 dan wilayah Madinah 27 kes.

Kes aktif pula 4,158 dengan 596 kritikal.

Related posts

Leave a Comment