Lapan kes baharu di Singapura

SINGAPURA 29 Nov. – Seorang pekerja migran yang menetap di Singapura dikesan sebagai antara lapan kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, Ahad (29 November).yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 58,213. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya menjelaskan lelaki itu dikenal pasti hasil ujian pemantauan masyarakat yang dijalankan ke atas pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November. Hasil ujian serologi (mengesan antibodi dalam darah) menunjukkan beliau positif Covid-19 serta memberi gambaran kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini. Sementara itu, tujuh kes import yang dikenal pasti sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN)…

Read More

Arab Saudi rekod 217 kes

RIYADH 29 Nov. – Arab Saudi merekodkan 217 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 357,128 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 14 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,884 kematian. Di samping itu, kementerian juga melaporkan 386 kes sembuh dan ini menyumbang kepada peningkatan kes sembuh iaitu 346,409 atau 96.89 peratus. Sementara itu Riyadh melaporkan 75 kes diikuti Makkah 35, Madinah 29 dan Eastern 18 kes.

Read More

6,267 kes harian di Indonesia

JAKARTA 29 Nov. – Indonesia hari ini merekodkan 6,267 kes baharu jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 534,266 kes dengan kes aktif 71,658 atau 13.4 peratus daripada jumlah jangkitan. Sebanyak 169 lagi kematian turut dilaporkan, menjadikan angka korban di Indonesia bertambah kepada 16,815 atau 3.1 peratus daripada jumlah kes Selain kes positif, terdapat juga sejumlah 70,792 orang yang berstatus suspek terjangkit dan dalam pemantauan. Bagi kes jangkitan harian, Jawa Tengah merekodkan 2,036 kes dengan kumulatif 54,997 kes, diikuti Jakarta 1,431 (kumulatif 135.762);  Jawa Timur 412 ( 61,483), Sumatera Barat 273…

Read More

Empat lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 29 Nov. – Sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia di Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kluster Batu Lima di Kota Kinabalu, Kluster Yayasan di Klang, Selangor dan Kluster Hilir di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan. Sehingga 29 November 2020, terdapat sebanyak 359 kluster telah dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 176 kluster termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah. Ini menjadikan jumlah…

Read More

KL mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 29 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus). Putrajaya, Sarawak dan Perlis tidak merekodkan sebarang kes. Sebanyak 75 kes (5.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13…

Read More

1,309 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 29 Nov. – Masih empat angka apabila kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 1,309 menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 64,485 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,481 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara. Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 1,333 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 52,647 kes. Beliau memberitahu, terdapat tiga kematian melibatkan masing-masing seorang lelaki tempatan di Perak dan Negeri Sembilan dan seorang wanita bukan warganegara di Sabah,…

Read More

Imbas kembali Selak terakhir

SALAM perpisahan! Itu ayat permulaan yang lebih sesuai untuk minggu ini jika ayat pertama ruangan Selak pada 29 Disember 2008 bermula dengan Salam perkenalan dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430. Saya tidak pasti adakah ini catatan terakhir apabila minggu ini saya bersama hampir 800 orang lagi akan meninggalkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Mulai 1 Disember, kami akan berhijrah sebagai orang yang menyahut Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Dalam ‘keterpaksaan kami melangkah kaki’ meninggalkan sebuah syarikat yang sudah banyak jasanya. Biar apa orang kata, terima kasih kepada Utusan kerana memberi rezeki…

Read More

Catatan PM New Zealand

A beautiful tribute to one of our new Labour MPs and his journey to parliament. In his own words he told the house this week. “My name is Ibrahim Omer. I’m an Eritrean. I’m a son, brother, a friend. I’m a Muslim. I’m a former refugee. I’m a trade unionist and living wage activist. But most importantly, I stand here today in front of you bursting with pride as a Kiwi who loves Aotearoa New Zealand. My journey to this place has been a long one. The story of my…

Read More

Vaksin : KKM fokus 3K

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kementerian Kesihatan menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin Covid-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dokumen garis panduan yang diterbitkan WHO iaitu ‘WHO Target Product Profiles for Covid-19 Vaccines’ pada April lepas merangkumi aspek keberkesanan, keselamatan dan kualiti. Beliau berkata berdasarkan garis panduan itu, vaksin tersebut haruslah menunjukkan tahap keberkesanan minimum dalam ujian klinikal sebanyak 50 peratus anggaran mata…

Read More