KL mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 29 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan).

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

Putrajaya, Sarawak dan Perlis tidak merekodkan sebarang kes.

Sebanyak 75 kes (5.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Kluster PTS Tawau (4 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Related posts

Leave a Comment