6,267 kes harian di Indonesia

JAKARTA 29 Nov. – Indonesia hari ini merekodkan 6,267 kes baharu jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 534,266 kes dengan kes aktif 71,658 atau 13.4 peratus daripada jumlah jangkitan.

Sebanyak 169 lagi kematian turut dilaporkan, menjadikan angka korban di Indonesia bertambah kepada 16,815 atau 3.1 peratus daripada jumlah kes

Selain kes positif, terdapat juga sejumlah 70,792 orang yang berstatus suspek terjangkit dan dalam pemantauan.

Bagi kes jangkitan harian, Jawa Tengah merekodkan 2,036 kes dengan kumulatif 54,997 kes, diikuti Jakarta 1,431 (kumulatif 135.762);  Jawa Timur 412 ( 61,483), Sumatera Barat 273 (19.949) dan Jawa Barat 228 (51.776).

Disamping itu, bagi kes kematian, Jawa Tengah merekodkan 73 kes dengan kumulatifnya 2.340 kes, Jawa Timur 29 (4.375), Jakarta 19 (2.641), Jawa Barat enam kes (898) dan Riau enam kes (451)

Sementara itu, kes sembuh meningkat kepada 445,793 orang atau 83.4 peratus daripada jumlah jangkitan. Jumlah itu termasuk 3,810 pesakit sembuh hari ini.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 814 dengan kumulatifnya mencapai 123.069 kes, diikuti Jawa Barat 770 ( 44.346 ), Jawa Tengah 760 (38.281),

Jawa Timur 287 (54.171) dan Riau 196 (17.417).

Related posts

Leave a Comment