Arab Saudi rekod 217 kes

RIYADH 29 Nov. – Arab Saudi merekodkan 217 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 357,128 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, 14 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,884 kematian.

Di samping itu, kementerian juga melaporkan 386 kes sembuh dan ini menyumbang kepada peningkatan kes sembuh iaitu 346,409 atau 96.89 peratus.

Sementara itu Riyadh melaporkan 75 kes diikuti Makkah 35, Madinah 29 dan Eastern 18 kes.

Related posts

Leave a Comment