Empat lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 29 Nov. – Sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia di Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kluster Batu Lima di Kota Kinabalu, Kluster Yayasan di Klang, Selangor dan Kluster Hilir di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.

Sehingga 29 November 2020, terdapat sebanyak 359 kluster telah dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 176 kluster termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 183 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak49 kluster melaporkan pertambahan kes,” jelas kenyataan itu lagi.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Awan Baru (367 kes), Kluster Bintang (76 kes) dan Kluster Bayam Indah (52 kes).

Related posts

Leave a Comment