KUALA LUMPUR 17 Okt. – Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadualkan pada 26 hingga 29 November depan ditangguhkan kepada 14 hingga 17 Januari 2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penangguhan itu susulan tarikh perhimpunan bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan berlangsung dari 15 hingga 29 November 2025.
“UMNO mengambil maklum pengisytiharan yang telah dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 akan berlangsung dari 15 hingga 29 November 2025.
Memandangkan tarikh-tarikh tersebut bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO yang direncanakan pada 26 hingga 29 November maka UMNO Malaysia memutuskan menangguhkan kepada 14 hingga 17 Januari 2026,” katanya.
Beliau berharap dengan penangguhan ini, kepemimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha membantu Barisan Nasional (BN) Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk BN kembali mengemudi Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Untuk rekod perhimpunan ini pada awalnya dijadualkan pada 20 hingga 23 Ogos 2025 tetapi ditangguhkan kepada 26 hingga 29 November 2025 selepas mengambil kira persiapan menghadapi PRN Sabah.
Nnn
