Arab Saudi catat 221 kes

RIYADH 21 Nov. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan jumlah kes harian terendah iaitu 221 kes, dalam tempoh hampir lapan bulan selepas pandemik Covid-19 dilaporkan. Semalam, Arab Saudi merekodkan 286 kes, angka yang dianggap terendah selepas 290 kes direkodkan pada 18 November lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 355,034. Jumlah kematian pula sama seperti semalam iaitu 16 kes menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini sebanyak 5,761. Kementerian juga merekodkan 478 kes sembuh yang membawa kepada 342,882 pesakit pulih atau 96.58…

Read More

Kes harian hampir 5,000

JAKARTA 21 Nov. – Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 493,308 kes. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia hari ini, sebanyak 96 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kini 15,774 orang. Sebanyak 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi masih dalam pemantauan. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 125,822 dengan tambahan 1,579 kes baharu, manakala provinsi…

Read More

Kes di Sabah bakal mendadak?

KOTA KINABALU 21 Nov. – Kes baharu Covid-19 di Kota Kinabalu dijangka naik mendadak apabila keputusan ujian saringan di Penempatan Telipok dan Kampung Numbak di sini diperoleh dalam masa terdekat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Jurucakap rasmi Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah itu berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih membuat saringan di dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) itu yang mempunyai penduduk padat sekitar 21,000 orang.  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 346 kes positif baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif isebanyak 25,787 kes. Tiga kematian…

Read More

Selangor patut dikenakan PKP

PUTRAJAYA 21 Nov. – Kementerian Kesihatan pernah mencadangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor bermula 14 Oktober lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan mengambil kira faktor ekonomi. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi penularan jangkitan COVID-19. “PKP terbukti berjaya meratakan lengkuk dan memutuskan jangkitan dalam negara. Namun, PKP telah memberi kesan negatif kepada ekonomi. Justeru, PKPB kali ini dilakukan dengan seimbangkan keperluan kesihatan dan ekonomi,” katanya. Dalam sesi Taklimat Khas Covid-19 di sini, .Dr Noor Hisham menambah,…

Read More

Tiga lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 21 Nov. – Sebanyak 327 kluster telah dilaporkan dan hari ini, terdapat tiga lagi kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 168 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (299 kes), Kluster Hentian (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Damanlela (43 kes). Sebanyak dua kluster telah tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Kayu dan Kluster Lekir. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 159 kluster. Tiga kluster baharu yang dikenal pasti pada…

Read More

Selangor dahului negeri lain

.PUTRAJAYA 21 Nov. – Tiga negeri mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu Selangor dengan 402 kes (38.6 peratus), diikuti Sabah 346 kes (33.2 peratus) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6 peratus). Kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus). Perincian 1,041 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 November 2020 adalah seperti berikut:  Selangor: 402 kes  363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Harapan; 19 kes daripada saringan kontak rapat…

Read More

1,041 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 21 Nov. – Jumlah kes jangkitan kekal empat angka apabila 1,041 kes baharu COVID-19, dilaporkan menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493. Beliau berkata daripada 1,041 kes baharu hari ini, sebanyak 1,039 kes adalah penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.  Terdapat tiga kes baharu kematian kesemuanya dari Sabah menjadikan angka keseluruhan kes kematian kini…

Read More

455 individu ingkar arahan PKP

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seramai 455 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dan daripada jumlah itu 427 individu dikompaun, 27 direman dan seorang dijamin selepas ingkar arahan PKP. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206) dan aktiviti pusat hiburan (72) dan tidak memakai pelitup muka (63). “Kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (21) dan lain-lain (34),” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.…

Read More

“Apakah saya halang Anwar?“

KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (21 November) menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri. Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yang dimuat naik di blog beliau chedet.cc Berikut teks penuh. 1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang. 2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya…

Read More

Penipuan bantuan cukai

PENIPUAN ada di mana-mana tanpa mengira siapa mangsanya. Ada pihak yang sentiasa mengambil kesempatan termasuk ketika pandemik Covid-19. Di Singapura, muncul  e-mel penipuan bertajuk ‘Bantuan Cukai Coronavirus dan Pembayaran Impak Ekonomi’. E-mel itu mendakwa menawarkan bantuan cukai Covid-19 baharu, termasuk pelan kesihatan, untuk perniagaan dan individu yang terjejas akibat pandemik itu. Para penerima diminta untuk menyemak status pembayaran mereka dan memuat turun dokumen mengenai bantuan cukai untuk maklumat lanjut. Justeru Pihak Berkuasa Hasil Singapura (IRAS) menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan e-mel berkenaan dan tidak memberi maklum balas, muat turun lampiran…

Read More