Tangguh Program Subsidi Petrol

 

SHAH ALAM – Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari 2020, ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berasaskan dua faktor.

“Faktor pertama adalah bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk meneruskan sesi penerangan dan penjelasan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Faktor kedua melibatkan proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga RON95 diapungkan awal tahun depan

Terdahulu, kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan(PH).

Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Related posts

Leave a Comment