Kes harian hampir 5,000

  1. JAKARTA 21 Nov. – Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 493,308 kes.

Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia hari ini, sebanyak 96 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kini 15,774 orang.

Sebanyak 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi masih dalam pemantauan.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 125,822 dengan tambahan 1,579 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,125 orang.

Related posts

Leave a Comment