APEC 2021 di New Zealand

NEW Zealand akan turut menganjurkan Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2021 secara maya erikutan keadaan dunia yang tidak menentu ketika ini, kata Perdana Menterinya, Jacinda Ardern.

Katanya, New Zealand sudah bersedia melakukannya secara kreatif untuk mengenengahkan New Zealand kepada dunia.

Malam tadi (waktu tempatan) Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menyempurnakan majlis penyerahan hak penganjuran kepada New Zealand sebagai tuan rumah APEC 2021 kepada Ardern disusuli ucapan ringkas serta video pendek berkaitan negara tersebut.

Acara yang berlangsung secara maya itu turut menyaksikan Muhyiddin berdiri memegang logo APEC 2020 yang diserahkan secara simbolik kepada Adern yang menerimanya dengan paparan logo APEC 2021.

Adern dalam catatan Facebooknya berkata, awal pagi ini, beliau bersama pemimpin lain kira-kira pukul 4 pagi (waktu New Zealand) menyertai majlis penutup APEC 2020 yang pertama kali dilakukan secara maya.

Related posts

Leave a Comment