Penipuan bantuan cukai

PENIPUAN ada di mana-mana tanpa mengira siapa mangsanya. Ada pihak yang sentiasa mengambil kesempatan termasuk ketika pandemik Covid-19.

Di Singapura, muncul  e-mel penipuan bertajuk ‘Bantuan Cukai Coronavirus dan Pembayaran Impak Ekonomi’.

E-mel itu mendakwa menawarkan bantuan cukai Covid-19 baharu, termasuk pelan kesihatan, untuk perniagaan dan individu yang terjejas akibat pandemik itu.

Para penerima diminta untuk menyemak status pembayaran mereka dan memuat turun dokumen mengenai bantuan cukai untuk maklumat lanjut.

Justeru Pihak Berkuasa Hasil Singapura (IRAS) menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan e-mel berkenaan dan tidak memberi maklum balas, muat turun lampiran atau klik pada mana-mana pautan.

Related posts

Leave a Comment