4,792 kes baharu Indonesia

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 4,792 kes baharu yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 488,310 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah seramai 78 orang yang membawa kepada 15,678 kematian. Sementara kes sembuh menunjukkan 3,940 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah kes meningkat kepada 410,552 atau 84.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sejak pandemik, kes Covid-19 sudah merebak di semua 34 provinsi, dari Aceh hingga Papua. Sebanyak 505 kota dari 34 provinsi yang terkesan akibat penularan virus corona.

Read More

286 catatan terendah di Saudi

RIYADH 20 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 286 kes, angka terendah selepas 290 kes yang direkodkan pada 18 November lalu. Semalam Arab Saudi merekodkan 319 kes dan sebelum itu mencatatkan angka di bawah 400 kes iaitu pada 15 November 305 kes, 311 (12 November) 305 (15 November) dan 301 (16 November). Berikutan 286 kes baharu yang direkodkan hari ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 354,813 dengan kes aktif 6,664 di mana 793 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 lagi…

Read More

Mutasi Mengketil belum pasti

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kementerian Kesihatan belum mengenal pasti jenis mutasi yang berlaku membabitkan Kluster Mengketil, di Kelantan susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di situ dalam tempoh yang singkat. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana, kluster itu masih baharu dikesan dan proses menghantar sampel ke makmal akan dilakukan. Proses untuk menganalisis sampel itu pula mengambil masa dalam tempoh sehingga tiga minggu dan strain virus pula setiasa berubah atau bermutasi. “Dalam waktu singkat iaitu lima hari, virus ini menular dengan cepat ke daerah lain, dan bahkan ke…

Read More

47 kluster tambah kes

SEBANYAK 47 kluster melaporkan pertambahan kes, tertinggi Kluster Sabaru (149 kes), Kluster Hentian (107 kes), dan Kluster Perigi (50 kes). Setakat ini, terdapat 167 kluster yang masih aktif manakala 157 kluster telah ditamatkan. Tiga kluster yang telah diisytiharkan tamat hari ini adalah Kluster Seri Setia, Kluster Bina, dan Kluster Bah Bundle.

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 20 Nov. – Lima kluster baharu dikesan membabitkan penularan jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster berkenaan adalah Kluster Kasir, Kluster Sri Jujur, Kluster OAD, Kluster Enggor dan Kluster Makmur. Pertambahan kluster itu menjadikan sebanyak 324 dilaporkan setakat hari ini dan daripada jumlah itu, 167 kluster masih dalam kategori aktif. Sebnayak 96 kes baharu dilaporkan dalam lima kluster baharu itu yang melibatkan negeri Sabah (1), Selangor (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Johor (1).

Read More

Kes harian tertinggi di 3 negeri

PUTRAJAYA 20 Nov. – Tiga negeri mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi hari ini iaitu Sabah yang merekodkan 512 kes sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes). “Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster…

Read More

Tiga angka tetapi hampiri 1,000

PUTRAJAYA 20 Nov. – Sebanyak 958 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sepanjang 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif mencecah 52,638 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, lima kes import dilaporkan sementara yang lain adalah kes penularan tempatan. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 13,221 di mana 142 sedang menerima rawatan di ICU termasuk 42 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. Sebanyak tiga kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia adalah 329 orang. Sebanyak 956 pesakit dilaporkan sembuh dan ini…

Read More

PKPB Kelantan 21 Nov – 6 Dis

KUALA LUMPUR: Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 21 November sehingga 6 Disember 2020 susulan peningkatan kes direkodkan Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati terdapat peningkatan kes di beberapa daerah dan mukim. “Aktiviti agama akan ditentukan kerajaan negeri, dan berapa jumlah jemaah di masjid (yang dibenarkan hadir) adalah hak (kerajaan) negeri (untuk) menentukan,” katanya pada sidang media hari ini. Sementara itu PKPB di negeri-negeri Kedah, Melaka, Johor dan…

Read More

Georgia milik Biden

KEPUTUSAN audit undi di Georgia mengesahkan calon Demokrat, Joe Biden sebagai pemenang dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 3 November lalu, kata Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger. Katanya, audit itu dilakukan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Presiden Donald Trump sekitar 14,000 daripada lebih 5 juta undi yang berakhir dengan kemenangan Biden sebanyak 12,284 undi. Audit mengesahkan bahawa kiraan awal undi oleh mesin tepat menggambarkan pemenang pilihan raya. “Perubahan pada jumlah undi juga masih dalam margin kesalahan manusia yang dijangka berlaku apabila mengira undi dengan tangan,” katanya. Biden…

Read More