4,792 kes baharu Indonesia

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 4,792 kes baharu yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 488,310 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah seramai 78 orang yang membawa kepada 15,678 kematian.

Sementara kes sembuh menunjukkan 3,940 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah kes meningkat kepada 410,552 atau 84.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sejak pandemik, kes Covid-19 sudah merebak di semua 34 provinsi, dari Aceh hingga Papua. Sebanyak 505 kota dari 34 provinsi yang terkesan akibat penularan virus corona.

Related posts

Leave a Comment