RIYADH 20 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 286 kes, angka terendah selepas 290 kes yang direkodkan pada 18 November lalu.
Semalam Arab Saudi merekodkan 319 kes dan sebelum itu mencatatkan angka di bawah 400 kes iaitu pada 15 November 305 kes, 311 (12 November) 305 (15 November) dan 301 (16 November).
Berikutan 286 kes baharu yang direkodkan hari ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 354,813 dengan kes aktif 6,664 di mana 793 kritikal.
Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian setakat jni sebanyak 5,745.
Sebanyak 448 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pulih sebanyak 342,404.
Sementara itu daripada 286 kes baharu itu, Riyadh mencatatkan 76 kes diikuti Hail 30, Madinah 28, Dammam 15, Jeddah 11 dan Makkah enam.