Kes harian tertinggi di 3 negeri

PUTRAJAYA 20 Nov. – Tiga negeri mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi hari ini iaitu Sabah yang merekodkan 512 kes sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).

“Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu.

“Selain itu, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import manakala 953 kes adalah merupakan penularan dalam negara,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Related posts

Leave a Comment