265 korban gempa di Colombia

PEREIRA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Colombia memasuki fasa akhir, iaitu sebelum tempoh kritikal 72 jam berakhir.

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter, adalah antara yang paling kuat melanda Colombia pada abad ini, mengorbankan 265 orang, mencederakan lebih 3,500 dan menyebabkan hampir 500 lagi dilaporkan hilang.

Dalam tempoh kritikal ini, mangsa yang terperangkap di bawah bangunan runtuh dianggap mempunyai peluang paling tinggi untuk ditemui dalam keadaan hidup.

“Kita memasuki fasa akhir. Itu tidak bermakna tiada lagi mangsa yang akan diselamatkan selepas ini, tetapi akan menjadi lebih sukar,” kata Datuk Bandar Cali, Alejandro Eder pada Rabu.

Di Cali dan Pereira, pasukan kecemasan bersiap sedia untuk meneruskan operasi memasuki malam ketiga dengan menggunakan tangan, kren dan anjing pengesan, tanpa berhenti untuk berehat sebaliknya berusaha mengesan tanda-tanda kehidupan.

Presiden Colombia, Abelardo de la Espriella mengisytiharkan bencana itu sebagai darurat ekonomi dan mengumumkan tiga hari berkabung di seluruh negara.

Menurut angka rasmi, lebih 11,000 kediaman musnah, manakala ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal.

Related posts

Leave a Comment