Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 20 Nov. – Lima kluster baharu dikesan membabitkan penularan jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster berkenaan adalah Kluster Kasir, Kluster Sri Jujur, Kluster OAD, Kluster Enggor dan Kluster Makmur.

Pertambahan kluster itu menjadikan sebanyak 324 dilaporkan setakat hari ini dan daripada jumlah itu, 167 kluster masih dalam kategori aktif.

Sebnayak 96 kes baharu dilaporkan dalam lima kluster baharu itu yang melibatkan negeri Sabah (1), Selangor (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Johor (1).

Related posts

Leave a Comment